Showing posts with label embriologi. Show all posts
Showing posts with label embriologi. Show all posts

Friday, August 21, 2009

Antara Tulang Belakang dan Tulang Rusuk?

Di dalam surah at Thariq ayat 5-7, Allah menyebutkan tentang perihal kejadian manusia, iaitu:

5. Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan?

6. Dia diciptakan dari air yang dipancarkan,

7. Yang keluar dari antara tulang belakang dan tulang rusuk.

Mari kita kaji bagaimanakah yang dikatakan keluar daripada tulang belakang dan tulang rusuk tersebut. Menarik bukan? Kita akan mengkaji daripada aspek embriologi dan anatomi organ pembiakan bagi memahami firman Allah ini.


Mengikut ilmu embriologi, organ pembiakan lelaki dan perempuan (testis dan ovari) berkembang di kawasan berhampiran dengan ginjal, antara tulang belakang dan tulang rusuk ke-11 dan ke-12. Kemudian organ ini 'menurun' setelah berlakunya pengecutan 'gubernaculum': organ pembiakan wanita (ovari) akan berhenti di dalam rongga pelvik, manakala organ pembiakan lelaki (testis) akan terus 'menurun' sehingga ke scrotum melalui rongga inguinal. Namun begitu, walaupun organ-organ ini telah menurun ke bawah, namun organ-organ ini masih menerima bekalan saraf dan darah daripada Aorta Abdomen, yang terletak di antara tulang belakang dengan tulang rusuk. Sistem limfa organ tersebut juga adalah di kawasan yang sama.


Sebab itulah difirmankan Allah sebagai, " Antara tulang belakang dan tulang rusuk..."

Wallahua'lam.

Rujukan:

-Al Quranul Kareem
-Understanding Special Embryology by Dr.Sameh Doss
-The Qur'an and Modern Science by Dr Zakir Abdul Karim Naik
read more...

Thursday, June 4, 2009

'Alaqah dan Mudhghah

﴿وَلَقَدْ خَلَقْنَا الإِنْسَـنَ مِن سُلَـلَةٍ مِّن طِينٍ - ثُمَّ جَعَلْنَـهُ نُطْفَةً فِى قَرَارٍ مَّكِينٍ - ثُمَّ خَلَقْنَا النُّطْفَةَ عَلَقَةً فَخَلَقْنَا الْعَلَقَةَ مُضْغَةً فَخَلَقْنَا الْمُضْغَةَ عِظَـماً فَكَسَوْنَا الْعِظَـمَ لَحْماً ثُمَّ أَنشَأْنَـهُ خَلْقاً ءَاخَرَ فَتَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَـلِقِينَ - ﴾

12. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah.

13. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).

14. Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.

Post ini adalah mengenai perkataan ‘alaqah dan mudhghah yang disebut dalam surah Al-Mu’minun (surah 23) ayat 12-14.

‘Alaqah, sebagaimana yang selalu kita baca dalam terjemahan Al-Quran, diterjemahkan sebagai segumpal darah, dan ternyata gambaran tersebut menepati gambaran ‘alaqah. Namun, selain membawa maksud segumpal darah, ‘alaqah juga bererti sesuatu yang tergantung. Dalam gambar di atas, anda boleh melihat sendiri bagaimana kedudukan ‘alaqah yang disebut “sesuatu yang tergantung”. Maksud yang ketiga bagi perkataan ‘alaqah itu adalah lintah. Lihatlah perbandingan bentuk ‘alaqah dengan bentuk lintah, begitu mirip. Di samping itu, sifat ‘alaqah yang “menghisap darah sang ibu” juga hampir sama dengan sifat seekor lintah.

Bagi perkataan mudhghah pula, biasanya diterjemahkan sebagai seketul daging. Namun, mudhghah juga boleh diterjemahkan sebagai sesuatu yang digigit. Di sini, telah dibawakan perbandingan antara mudhghah dengan gula-gula getah yang telah digigit.

Lihatlah betapa telitinya perkataan yang digunakan oleh Allah (contohnya: ‘alaqah, satu kalimah yang mempunyai tiga maksud dan ketiga-tiganya menepati gambaran ‘alaqah, begitu juga dengan mudhghah yang membawa dua maksud dan ternyata kedua-duanya menepati gambaran mudhghah).

Subhanallah!
read more...