Showing posts with label anatomi. Show all posts
Showing posts with label anatomi. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

Seseorang Tidak Mempunyai 2 Hati

Allah tidak sekali-kali menjadikan seseorang mempunyai dua hati dalam jiwanya. Ungkapan ini saya ambil dari firman Allah SWT ayat 4 dari Surah al-Ahzab :

مَّا جَعَلَ ٱللَّهُ لِرَجُلٍۢ مِّن قَلْبَيْنِ فِى جَوْفِهِ

"Dan Allah sekali-kali tidak menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya..."

Pada ayat ini Allah SWT menerangkan bahawa Dia tidak menjadikan dua hati dalam satu tubuh. Tidak mungkin pada diri seseorang berkumpul iman dan kafir. Jika seseorang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, tentulah di dalam hatinya tidak ada kekafiran atau kemunafikan, walaupun sedikit, dan tentulah dia mengikuti Al-Quran dan sunah Rasulullah, menyeru manusia mengikuti jalan Allah, mengikuti hukum-hukumnya dan tentulah hanya kepada Allah sahaja Dia berserah diri.

Sebaliknya jika seseorang itu kafir atau munafiq, tentulah di dalam hatinya tidak ada iman kepada Allah dan Rasul-Nya dan dia tidak akan bertawakkal kepada Allah. Dengan kata lain; mustahil berkumpul pada diri seseorang dua buah keyakinan yang berlawanan, sebagaimana tidak mungkin ada dua hati di dalam tubuh manusia.

Bila diteliti ayat ini, kita juga akan dapat menyaksikan keajaiban al-Quran dalam sudut sains. Ayat ini juga mengandungi sebuah fakta yang diperakui oleh sains perubatan iaitu manusia tidak boleh membawa lebih dari satu jantung dalam jiwanya. Yang uniknya Allah SWT menyebut kalimah rajul bermakna orang lelaki. Kenapa Allah khususkan dengan lelaki sahaja? Allah tidak sebut bersamanya mar’ah iaitu perempuan. Jadi bagaimana dengan perempuan?

Persoalan ini menarik perhatian saya bila analisis ini saya temui dalam satu laman web Arab. Mengapa Allah memilih lelaki sahaja dan tidak perempuan? Apakah mungkin bagi seorang wanita untuk menanggung dan menggabungkan dua hati? Menurut istilah arab qalbun bermakna jantung.

Kita telah melihat dalam sejarah beberapa kelahiran yang luar biasa seperti kanak-kanak yang memiliki dua kepala atau dua alat kelamin atau beberapa kaki dan sebagainya, tetapi kita tidak pernah menyaksikan seorang lelaki yang hidup dengan dua jantung, kerana jantung bertanggungjawab untuk mengatur pergerakan darah, dan tidak mungkin dia boleh hidup dengan dua jantung. Tetapi bagaimana dengan wanita? Dari sinilah baru kita nampak keindahan ayat Allah ini. Ikuti penerangan di bawah.

Seorang wanita jika dia hamil, dia sedang membawa dua jantung, iaitu jantungnya dan jantung anaknya, malah boleh jadi lebih lagi jika dia mengandung anak kembar sehingga dia membawa beberapa jantung dalam tubuhnya.

Mungkin ada bayi yang lahir dengan dua jantung dalam kes-kes yang terpencil, tetapi ia tidak akan mencapai tahap menjadi seorang manusia lelaki dan dia akan mati sebagai seorang bayi sahaja .

Allah SWT berfirman di hujung ayat ini :

وَاللَّهُ يَقُولُ الْحَقَّ وَهُوَ يَهْدِي السَّبِيلَ
"Dan Allah mengatakan yang sebenar-benarnya dan Dia menunjukkan jalan (yang benar)."

Inilah kebenaran al Quran, satu kenyataan bahawa manusia tidak mungkin mempunyai dua hati (sudut agama) atau dua jantung (sudut saintifik) atau lebih di dalam tubuh dan jiwanya.

Subhanallah...Wallahu a'lam.

Rujukan tambahan:
read more...

Friday, March 12, 2010

Gigi Berlainan Mengikut Bangsa

Tahukah anda akan hal ini?

Firman Allah di dalam surah al Hujurat ayat 13:

13. Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.

Gigi dikelaskan kepada 3 kelas bangsa utama iaitu:
  • Mongoloid ( Eskimos, American Indian, Chinese, Japanese)
  • Negroid (African)
  • Caucasoid (White races)- Northern (Nordic),Central (Alpine) + Southern European (Mediteranean)
Perbezaan dapat dilihat dalam aspek berikut:
  • Prevalence of shovel-shaped incicors
  • Carabelli’s Tubercle / Cusp
  • Enamel pearls
  • Presence of mandibular 3rd molars
  • Anatomy of lower 2nd molars
Mongoloid:

- Mempunyai gigi kacip ‘shovel-shaped’.
- Sedikit yang mempunyai Cusp of Carabelli pada gigi geraham besar pertama.
- Kecenderungan untuk mempunyai ‘enemel pearl’ pada permukaan ‘occlusal’ gigi geraham kecil dan besar dan bahagian ‘lingual’ gigi taring, terutamnya orang Eskimo.
- Gigi geraham besar yang ketiga biasanya tidak tumbuh.
- Biasanya mempunyai gigi geraham besar kedua di rahang bawah dengan 5 ‘cusps’.


Negroid:
- Jarang yang mempunyai gigi kacip ‘shovel-shaped’
- Sedikit yang mempunyai Cusp of Carabelli pada gigi geraham besar pertama.
- Jarang yang mempunyai ‘enamel pearl’.
- ‘supernumerary teeth’, terutama gigi geraham kecil adalah biasa.
- Prognathik adalah suatu ciri yang biasa.
- Gigi gerahan kedua dengan 5 ‘cusps’ adalah biasa.


Caucasoid:

- Sangat jarang yang mempunyai gigi kacip ‘shovel-shaped’
- Cusp of Carabelli lebih biasa daripada bangsa Mongoloid dan Negroid.
- Jarang yang mempunyai ‘enamel pearl’.
- Gigi geraham bongsu bawah adalah biasa.
- Gigi gerahan kedua dengan 5 ‘cusps’ adalah biasa.

p.s : Harap maaf kerana beberapa istilah pergigian dalam bahasa Inggeris tidak dapat saya terjemahkan ke bahasa Melayu.
read more...

Sunday, March 7, 2010

Abdomen Lebah Betina di dalam al Quran


Di dalam surah an Nahlu ayat 69:


69. kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.

Mari kita perhatikan kalimah "butuniha".

‘Butun’: bermaksud perut-perut, jama’ kepada perkataan ‘batnun’. ‘Ha’ di dalam bahasa Arab merujuk kepada ‘muannas’ yang mufrad@seorang@singular.

Ayat ini pula menunjukkan bahawa lebah betina mempunyai beberapa perut iaitu ‘butuniha’. Apabila ia mengumpul nectar daripada bunga, nectar tersebut di simpan di dalam perut ini untuk dibawa pulang ke sarang. Di belakang perut ini terdapat suatu injap yang menghalang nectar yang dikumpul daripada memasuki sistem percernaannya, kecuali sedikit sahaja yang diperlukan oleh lebah untuk hidup. Di bahagian belakang badan seekor lebah pula, terdapat bahagian yang terdiri daripada segmen-segmen dalam bentuk lilitan. Bahagian lebah ini berfungsi sebagai suatu makmal kimia yang menghasilkan madu.

Warna madu juga adalah bermacam-macam sebagaimana yang disebut di dalam al Quran. Ia berubah mengikut iklim, musim dan keadaan cuaca serta sumber di mana nectar diperolehi. Warna madu lebah adalah dalam lingkungan warna perang tua ke hijau, walaubagaimanapun warna kuning muda lebih biasa dijumpai. Dalam industri, negara-negara moden dengan teknologi yang membangun menggunakan calorimeter untuk memperolehi hasil yang tepat bagi warna madu.
read more...

Friday, August 21, 2009

Antara Tulang Belakang dan Tulang Rusuk?

Di dalam surah at Thariq ayat 5-7, Allah menyebutkan tentang perihal kejadian manusia, iaitu:

5. Maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan?

6. Dia diciptakan dari air yang dipancarkan,

7. Yang keluar dari antara tulang belakang dan tulang rusuk.

Mari kita kaji bagaimanakah yang dikatakan keluar daripada tulang belakang dan tulang rusuk tersebut. Menarik bukan? Kita akan mengkaji daripada aspek embriologi dan anatomi organ pembiakan bagi memahami firman Allah ini.


Mengikut ilmu embriologi, organ pembiakan lelaki dan perempuan (testis dan ovari) berkembang di kawasan berhampiran dengan ginjal, antara tulang belakang dan tulang rusuk ke-11 dan ke-12. Kemudian organ ini 'menurun' setelah berlakunya pengecutan 'gubernaculum': organ pembiakan wanita (ovari) akan berhenti di dalam rongga pelvik, manakala organ pembiakan lelaki (testis) akan terus 'menurun' sehingga ke scrotum melalui rongga inguinal. Namun begitu, walaupun organ-organ ini telah menurun ke bawah, namun organ-organ ini masih menerima bekalan saraf dan darah daripada Aorta Abdomen, yang terletak di antara tulang belakang dengan tulang rusuk. Sistem limfa organ tersebut juga adalah di kawasan yang sama.


Sebab itulah difirmankan Allah sebagai, " Antara tulang belakang dan tulang rusuk..."

Wallahua'lam.

Rujukan:

-Al Quranul Kareem
-Understanding Special Embryology by Dr.Sameh Doss
-The Qur'an and Modern Science by Dr Zakir Abdul Karim Naik
read more...

Friday, July 10, 2009

Di Sebalik as-Sam'a wal Absaar [Siri 2]

Sebelum blog ini diwujudkan, saya telah menulis di dalam blog Damba KasihMu Tuhan tentang sebab-sebab kemungkinan Allah mendahulukan perkataan 'As-Sam'a berbanding 'Al-Absaar' di dalam al Quran: http://azansubuhkhamis.blogspot.com/2009/05/di-sebalik-as-sama-wal-absaar.html. Kemudian, saya menjumpai maklumat tambahan tentang kejadian telinga dan mata selepas sedikit pembacaan. Saya akan menuliskan penambahannya di blog ini.

Tentang telinga (As-Sam'a)

Dr. H.A Hamed telah menulis di dalam bukunya "Rihlatul Iman fi Jismil Insan" ( A Journey of Belief in the Human Body) bahawa:

-telinga berkembang pada minggu ke-3 di dalam kandungan dan mempunyai fungsi yang sempurna pada minggu ke-20.
-telah dinyatakan bahawa fetus memberi respon apabila abdomen ibunya periksa oleh ultra sound, sehingga kelihatan seperti fetus tersebut menari.
-fetus juga mampu mendengar suara ibunya dan juga bunyi yang terhasil daripada pergerakan usus ibunya.
-jadi,pendengaran seseorang bayi boleh diperiksa sejak ia dalam kandungan lagi.
-juga, didapati fetus juga mendengar bunyi-bunyi di luar.
-ia juga mempunyai kehidupan sendiri: tidur dan bangun walaupun di dalam dunia yang gelap di dalam rahim.

Tentang Mata (Al Absaar):

Professor Keith L. Moore menulis di dalam bukunya "The Developing Human" bahawa:

-bukti pertama perkembangan mata bayi adalah ketika usianya lebih kurang 22 hari.
-kelopak mata atas dan bawah bertemu dan melekat ketika minggu ke-26.
-bayi tidak melihat untuk beberapa minggu pertama kelahiran, berkemungkinan kerana perkembangan macula lutea dan fovea centralis yang masih belum sempurna. Struktur ini hanya sempurna setelah sebulan selepas kelahiran.
read more...

Thursday, July 2, 2009

Tiga Kegelapan di dalam Rahim Ibu

Dia menciptakan ia menciptakan kamu Dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian dalam tiga kegelapan.
(Az Zumar:6)

Dalam tiga kegelapan? Apa yang dimaksudkan Allah dengan kegelapan tersebut adalah kegelapan janin dalam tiga zon ini:

1. Dinding abdomen ibu
2. Dinding rahim
3. Pundi amnion

Tiga zon inilah yang melindungi janin sewaktu di dalam kandungan ibu daripada sebarang bahaya.
read more...

Keunikan Cap Jari

"Apakah manusia mengira, bahawa Kami tidak akan mengumpulkan (kembali) tulang belulangnya? Bukan demikian, sebenarnya Kami kuasa menyusun (kembali) jari jemarinya dengan sempurna."
(Al Qiyamah:3-4)

Ayat ini menceritakan tentang kebesaran Allah dalam penciptaan jari, iaitu keunikan cap jari.

Tiada siapa pun yang mempunyai cap jari yang sama, hatta mereka adalah kembar seiras. Cap jari terbentuk ketika bulan ketiga dan kekal sama sehinggalah seseorang itu meninggal dunia, walaupun kulit di bahagian jari tersebut terbakar atau cedera.
read more...

Saturday, June 13, 2009

Arahan Kepada Api Yang Membakar Nabi Ibrahim a.s

Ketika peristiwa Nabi Ibrahim alaihissalam dicampakkan ke dalam api oleh kaumnya, Allah telah berfirman:

"Kami berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim."
(al Anbiya': 69)

Allah menggunakan dua perkataan sebagai arahan kepada api iaitu:
1) Bardan-menjadi sejuk
2) Salaman-menjadi selamat

Kenapakah Allah tidak mengarahkan api untuk menjadi sejuk sahaja? Bukankah memadai?

Ini kerana suhu yang sejuk juga boleh membahayakan dan menyakitkan tubuh badan sebagaimana suhu yang panas. Disebabkan itulah Allah mengarahkan api untuk menjadi 'sejuk' dan 'selamat' kepada Nabi Ibrahim alaihissalam. Begitu telitinya Allah!
read more...

Thursday, June 4, 2009

Saraf pada Kulit di dalam al Quran

56. Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, kelak akan Kami masukkan mereka ke dalam neraka. Setiap kali kulit mereka hangus, Kami ganti kulit mereka dengan kulit yang lain, supaya mereka merasakan azab. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah an Nisa')


Terdapat keterangan saintifik di dalam ayat ini. Dinyatakan bahawa apabila kulit manusia yang diseksa di dalam neraka hangus, Allah akan menggantikan kulit tersebut dengan kulit yang lain, agar mereka merasakan azab. Kajian moden telah membuktikan bahawa apabila kulit terbakar sehingga ke tahap tertentu, tidak dirasakan lagi kesakitannya kerana sarafnya sudah musnah. Oleh sebab itu, apabila Allah ingin mengazab orang-orang kafir, Dia akan menggantikan kulit yang telah hangus dengan kulit yang baru, agar saraf-sarafnya terus berfungsi dan ini benar-benar menyakitkan.
read more...

Saturday, May 23, 2009

Bahagian Otak yang Mengendalikan Gerakan Kita

"Ketahuilah, sungguh jika dia tidak berhenti (berbuat demikian) nescaya Kami tarik ubun-ubunnya, (iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka." (Al Qur'an, 96:15-16)

Ungkapan "ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka" dalam ayat di atas sungguh menarik. Penelitian yang dilakukan di tahun-tahun kebelakangan ini mengungkapkan bahawa bahagian prefrontal, yang bertugas mengatur fungsi-fungsi khusus otak terletak pada bahagian depan tulang tengkorak. Para ilmuwan hanya mampu menemui fungsi bahagian ini setelah kurun 60 tahun terakhir, sedangkan Al Qur'an telah menyebutkannya 1400 tahun lalu.

Jika kita lihat bahagian dalam tulang tengkorak, di bahagian hadapan kepala terdapat kawasan frontal cerebrum (otak besar). Buku berjudul Essentials of Anatomy and Physiology, yang menyatakan penemuan-penemuan terakhir hasil penelitian tentang fungsi bahagian ini, menyatakan:

Dorongan dan hasrat untuk merencanakan dan memulai gerakan terjadi di bahagian depan lobi frontal, dan bahagian prefrontal. Ini adalah kawasan korteks asosiasi…

(Seeley, Rod R.; Trent D. Stephens; and Philip Tate, 1996, Essentials of Anatomy & Physiology, 2. edition, St. Louis, Mosby-Year Book Inc., s. 211; Noback, Charles R.; N. L. Strominger; and R. J. Demarest, 1991, The Human Nervous System, Introduction and Review, 4. edition, Philadelphia, Lea & Febiger , s. 410-411)

Buku tersebut juga mengatakan:

Berkaitan dengan keterlibatannya dalam membangkitkan dorongan, kawasan prefrontal juga diyakini sebagai pusat fungsi bagi perilaku menyerang…

(Seeley, Rod R.; Trent D. Stephens; and Philip Tate, 1996, Essentials of Anatomy & Physiology, 2. edition, St. Louis, Mosby-Year Book Inc., s. 211)

Jadi, kawasan cerebrum ini juga bertugas merencana, memberi dorongan, dan memulai perilaku baik dan buruk, dan bertanggungjawab atas perkataan benar dan dusta.

Jelas bahawa ungkapan "ubun-ubun orang yang mendustakan lagi derhaka" benar-benar merujuk pada penjelasan di atas. Fakta yang hanya dapat diketahui para ilmuwan selama 60 tahun terakhir ini, telah dinyatakan Allah dalam Al Qur'an sejak dahulu.

read more...