Sunday, March 7, 2010

Abdomen Lebah Betina di dalam al Quran


Di dalam surah an Nahlu ayat 69:


69. kemudian makanlah dari Segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang Engkau sukai), serta Turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu Yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari Dalam badannya minuman (madu) Yang berlainan warnanya, Yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada Yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang Yang mahu berfikir.

Mari kita perhatikan kalimah "butuniha".

‘Butun’: bermaksud perut-perut, jama’ kepada perkataan ‘batnun’. ‘Ha’ di dalam bahasa Arab merujuk kepada ‘muannas’ yang mufrad@seorang@singular.

Ayat ini pula menunjukkan bahawa lebah betina mempunyai beberapa perut iaitu ‘butuniha’. Apabila ia mengumpul nectar daripada bunga, nectar tersebut di simpan di dalam perut ini untuk dibawa pulang ke sarang. Di belakang perut ini terdapat suatu injap yang menghalang nectar yang dikumpul daripada memasuki sistem percernaannya, kecuali sedikit sahaja yang diperlukan oleh lebah untuk hidup. Di bahagian belakang badan seekor lebah pula, terdapat bahagian yang terdiri daripada segmen-segmen dalam bentuk lilitan. Bahagian lebah ini berfungsi sebagai suatu makmal kimia yang menghasilkan madu.

Warna madu juga adalah bermacam-macam sebagaimana yang disebut di dalam al Quran. Ia berubah mengikut iklim, musim dan keadaan cuaca serta sumber di mana nectar diperolehi. Warna madu lebah adalah dalam lingkungan warna perang tua ke hijau, walaubagaimanapun warna kuning muda lebih biasa dijumpai. Dalam industri, negara-negara moden dengan teknologi yang membangun menggunakan calorimeter untuk memperolehi hasil yang tepat bagi warna madu.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 comments: on "Abdomen Lebah Betina di dalam al Quran"