Friday, October 23, 2009

Tahun Mendarat di Bulan dan Surah al Qamar

Jika dibilang ayat-ayat al Quran daripada surah al Qamar sehingga pengakhiran al Quran, bilangan ayatnya adalah sebanyak 1389.

Tahun 1389 menurut kalendar Islam adalah bersamaan dengan tahun 1969 menurut kalendar Gregorian.

Dan pada tahun 1969 lah merupakan tahun di mana manusia berjaya buat pertama kalinya mendarat di bulan.

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa berita angkasawan Amerika Syarikat, Neil Amstrong tersebut hanyalah suatu rekaan. Kebenarannya, hanya Allah yang tahu!

Rujukan daripada: www.quranmiracles.com
read more...

Friday, October 9, 2009

Yaum, Yaumaini dan Ayyam


Kalimah Yaum=365 kali
Kalimah Yaumaini& Ayyam=30 kali

Perkataan “sehari” (yaum) digunakan sebanyak 365 kali di dalam al Quran. Angka 365 bukan sahaja merujuk kepada bilangan hari di dalam kalendar, tetapi ia juga menunjukkan kaitan astronomi antara bumi dan matahari. Apabila bumi kita lengkap mengelilingi matahari, maka ia telah berputar 365 kali mengelilingi paksinya.

Perkataan “sehari” digunakan di dalam al Quran sebanyak 365 kali bersamaan dengan peredaran bumi mengelilingi matahari yang mengambil masa 365 hari. Angka 365 bukanlah suatu kebetulan! Bumi ini sendiri telah cukup untuk membuktikan mukjizat al Quran.

Sementara itu, perkataan “yaumaini dan ayyam” yang membawa maksud “dua hari dan hari-hari” digunakan di dalam al Quran sebanyak 30 hari. Ini merujuk kepada bilangan hari dalam sebulan iaitu 30 hari.

Di dalam kalendar solar, bilangan hari dalam sebulan mengandungi 30 atau 31 hari manakala di dalam kalendar lunar sebanyak 29 atau 30 hari. Maka, angka 30 adalah angka pertengahan antara 2 kalendar ini. Masa yang diambil oleh bulan untuk mengelilingi bumi adalah selama 29.53 hari. Jika dibundarkan, maka nilainya adalah 30.

Dengan keajaiban matematik ini, kita menyaksikan bahawa al Quran yang diturunkan Allah itu mempunyai nilai yang tepat antara bilangan penggunaan perkataannya dan juga peredaran planet di alam semesta. Subhanallah!

Rujukan: www.quranmiracles.com
read more...

Thursday, October 1, 2009

Peringatan buat Pejuang

Ayat di bawah ini haruslah direnung-renungkan oleh kita. Utamakanlah kepentingan Allah dan RasulNya melebihi kepentingan:

-bapa kita
-anak kita
-saudara kita
-isteri kita
-kaum keluarga kita
-harta kekayaan kita
-tempat tinggal kesukaan kita

24. Katakanlah: "Jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya.Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik."

[at taubah]

read more...